100 Penerima Manfaat: Impak Program Kembara Tengkujuh 2025 di Pasir Nering

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read

PROGRAM KEMBARA TENGKUJUH 2025 BERSAMA EHH FOOD INDUSTRY SDN BHD

27 Disember 2025 – Misi kemanusiaan Program Kembara Tengkujuh 2025 diteruskan lagi di Terengganu dengan sokongan daripada EHH Food Industry Sdn Bhd. Tumpuan agihan kali ini diberikan kepada penduduk di Kampung Pasir Nering, melibatkan seramai 100 orang penerima manfaat.

Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi JPKKP Kampung Pasir Nering, Encik Ariffin bin Jusoh, serta Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, sukarelawan dan warga kerja YFBM.

Kami merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada EHH Food Industry Sdn Bhd atas sumbangan ini dalam membantu meringankan beban komuniti setempat ketika monsun timur laut.

EHH Food Industry Sdn Bhd
 
Berpakat Bantu Masyarakat.

DONATE