Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya:
1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong. (100 pek beras 10kg, 480kg Gula, Ikan masin, susu kanak kanak, pampers, pad wanita, biskut, 50 karton air mineral, minuman 3in1, roti dan lain lain)
2. Selain itu, sukarelawan kami juga telah menyumbang tenaga dengan membantu pembersihan rumah orang kampung (Bukit Lanchong) yang terkesan kerana banjir.
Sekalung penghargaan kepada penyumbang individu dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana bantuan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: monsoon21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

KEMBARA MERDEKA 68 – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA PUBLIC BANK MALAYSIA
afiq_yfbm_admin
September 20, 2025
20 September 2025 – Program Kembara Merdeka 68 bersama Public Bank Malaysia telah berlangsung di Open Court Apartment Seri Perantau, Port Klang. Sebanyak 100 kotak

KEMBARA MERDEKA 67 YFBM
afiq_yfbm_admin
June 28, 2024
Program Kembara Merdeka adalah inisiatif tahunan Yayasan Food Bank Malaysia dalam usaha berterusan bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal) – SDG 01 :

MAJLIS RUMAH TERBUKA YAYASAN FOODBANK MALAYSIA 2024 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
afiq_yfbm_admin
April 30, 2024
30 April 2024 – Semalam telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Yayasan FoodBank Malaysia 2024 di Pusat Pengumpulan & Pengedaran Yayasan Food Bank Malaysia, Kajang, Selangor. Alhamdulillah,
